Sunday, 20 November 2011

akhirnya IMpian KU menJADI KEnyAtAANNN!!!!

hemm...first aku pegi office mak aku..then aku duduklah termenung~ bhaa
lepas2..mak aku nak baya bill...so mak aku nak pegi tesco..thenaq pun nak ikutlah kan~
ayah n adeq aku pun ikut turut serta..


then.ayah aku tanya nak pegi mana ni?
mak aku jawablah~~..nak pergi bayar bill..
pastu ayah aku tanya lagi~~ lepastu nak pergi mne??
hemm..beli gitar iza lah~..(dlm hati yes3) hahaha


then ayah aku pun okay jer lah..
kitaorg pun beli gitar~~..yahhhh
aq happy gilerrr..hahah:DD
tapi aku x reti main cam najwa latiff lah~~..
still practice lagi..tu pun masih kekok~
haha..
btw,betul kata aqilah izhar~..sakit jari,tapi klo dah biase oklah tu..


okaylah..sampai disini sahaja...hemm..bubyee:DDD
;D

Friday, 18 November 2011

bahagia seketika dan selamanya.

BAHAGIA SEKETIka dan  SELAMANYA    

TERIMA KASIH KERANA PERNAH MEMBAHAGIAKAN AKU….KETAHUILAH AKU SANGAT MENCINTAI DIRIMU….SEPENUH HATIKU…TAK AKAN KULUPAKAN DETIK KITA BERSAMA..WALAUPUN UNTUK SEKETIKA..


 “ADIK di mana?”jeritku.Time nil ah adik aku nak menghilang.Selalunya dia ni menyorok.Sudah beberapa kali adikku ini lari…sebab takut nak kena sunat.Huhh,,,macam nil ah,setiap tahun ibuku selalu bawa dia berjumpa dengan pakar sunat menyunat…hehehe…..dah guna kaedah tradisional,tak boleh jugak…kalau boleh nak je aku ikat die di pokok kelapa.
“mak..akak tak jumpe adiklah…dia kan takut nak sunat ni”tuturku.”tak apelah…  sekejap lagi dia balik lah tu…”.aku terus masuk dalam kamarku,badanku terasa letih,terasa sakit di bahagian kaki.Tanpa melengahkan masa aku membuka selendang yang sejak tadi ku pakai dan terus baring di atas katil.Ehh…lupa pula aku nak kenal kan diri aku ni.Nama aku Marnilyssa binti Zulkepli,umurku 19 tahun.Aku boleh dikatakan sebagai seorang budak yang pintar.Aku dulu sewaktu UPSR,5A.PMR,8A.SPM??..mmhh,9A 1B..aku ni boleh nak dikatakan orang susah.Bapaku bekerja sebagai seorang pesawah,manakala ibuku tidak bekerja.Aku mempunyai seorang adik yang agak nakal.Berumur 13 tahun,namanya,Iskandar bin Zulkepli.Walaupun aku mendapat keputusan yang agak baik,aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti.Kos aku untuk melanjutkan pelajaran sangat mahal bagi kami sekeluarga .Ayahku tidak dapat membiayainya,namun aku tidak dapat nak melakukan apa-apa.aku menerimanya dengan hati yang ikhlas.
~~~~~~~~~~~

“Mar!!!!...bangunlah!!”jerit ibuku.mataku seakan susah nak dibuka.Rupa-rupanya aku tertidur tadi.”ya…mar nak bangunlah ni!,,..”jeritku.Aku terus mengambil selendang lalu ku pakai untuk menutup kepalaku ini.Sedang aku keluar dari kamarku,aku melihat kelibat adik ku di atas tikar mengkuang yang dianyam oleh ibuku sendiri sambil makan nasi berlaukan ikan masin dan sayur kangkung masak belacan.Terliur aku dibuatnya,aku terus menghampirinya.”ehh…kau pergi mana tadi??..penat aku cari kau tau tak…!!”tegurku.”suka hati aku lah…”tuturnya,sambil menjelirkan lidah kepada ku,kalau boleh nak sahaja aku pukul budak ni..”mar..dah kau pergi makan sana,,lepastu solat maghrib”arah ibuku.”baik lah mak”tuturku.         Aku terus mengambil pinggan dan mencedok dua sudu nasi.Aku seorang yang agak suka makan tetapi badanku tidak naik-naik.pinggangku tetap kecil…mungkin baka keluarga ku yang kurus.Aku terus makan dengan penuh berselera.
~~~~~~~~~~~~
Usai solat maghrib,aku membaca alquran.usai,aku pergi ke ruang tamu untuk berbual bersama ayahku.maklumlah dirumah ku tiada televisyen.jika aku ingin menonton televisyen,aku akan pergi kerumah pak long ku atau ke rumah sahabatku Atirah Asmira binti Zaid.Mujur rumah sahabatku dan rumah pak long ku berdekatan dengan rumahku.dulu ayahku ada merancang untuk membeli sebuah televisyen untuk kami sekeluarga,tetapi tidak jadi apabila masaalah kewangan menimpa keluarga kami.”ayah..ayah tidak ke surau ke malam ini???”soalku.”tidak..ayah hendak membaiki basikal ayah ni ha…besok kalau nak pergi sawah tak usah lah ayah jalan kaki”jelas ayahku.”ohh…ayah nak Mar tolong tak??”kataku.”ermmm…boleh juga..Mar boleh buatkan ayah kopi..ayah teringin nak minum kopi”.aku lantas mengangguk,dah bangun menuju ke dapur untuk mebuat secawan kopi untuk ayahku.Aku membacuh kopi untuk ayahku dengan menggunakan serbuk kopi yang kami tanam sendiri di belakang rumah,lalu aku mengambil bekas gula dan menyudu satu sudu kecil gula.Ayahku pernah berkata biar sedikit asal sihat.Aku tersenyum sendiri sambil mengingatkan kata yang pernah diucapkan oleh ayahku.lantas aku mengambil cawan yang berisi kopi aku berikan kepada ayahku.”hhmmm..sodap kopi ni”puji ayahku.Aku tersenyum.”terima kasih ayah”.kataku dengan penuh gembira.
~~~~~~~~~~
Aku menyapu daun kering di depan rumahku lalu kukumpulkan di satu tempat dan ku bakar.”Mar…kau pergi beli ikan kering dengan beras sekejap kat kedai Pak Samad”arah ibuku.Aku sekadar mengannguk dan menghulurkan tangan   meminta wang.Aku terus ke kedai Pak Samad.Mujur aku memakai pakaian yang agak sesuai,jadi tidak usahlah aku mengganti pakaian.huhh…terasa jauh pula kedai Pak Samad ni…(mungkin sudah lama aku tidak pergi jalan kaki)…”hai cik adik nak pergi mana tu???...nak abang hantar tak?”pelawa lelaki itu.Aku lalu memandang muka lelaki itu,dan,,”allahuakhbar!!....hishh kau ni muiz..buat aku takut jerr..ko buat ape ha??!!..owhh..aku tahu..sekarang keje kau kacau anak dara orang jerlah erk…”kataku.”ehh engkau mar!!!..aku ingat sapelah tadi…jalan tertenggek-tenggek…tu yang aku nak kacau kau..hahaha”jelas muiz.Muiz bin Hj Mazmur ni boleh dikira kan kawan aku time darjah 1 sampai darjah 6.lepas UPSR  dia pergi ke tahfiz…maklumlah ayahnya itu seorang yang alim…harap ayah je  alim tapi anak dia ni suka kacau orang…”suka hati akulah nak jalan macam mana sekalipun…dah lah baik kau pergi balik rumah ke pergi surau ke,atau kemana2 asalkan ko buat keje yang baik…tak usah kau nak kacau anak dara orang lah”jelasku.”yelah yelah….aku pergi sekarang..by the way..ermm,,kau tak nak aku hantar kau ker??!!”pelawanya lagi.”dah la wey..tak payah..aku boleh jalan kaki”balasku.”okey..okey..assalamualaikum..ermm ko cantiklah”.die terus meluncur laju motornya…ehh..die ni mimpi ke ape..tiba-tiba jer cakap aku cantik…tak pernah aku dengar dia cakap macamtu…Aku terus mempercepatkan langkahku..
Usai aku membeli barang yang dipesan ibuku…aku ternampak kelibat Mak Jah yang sedang menjual kuih di tepi jalan.Aku terus melintas jalan lalu menuju ke kedai Mak Jah..”assalamualaikum Mak Jah”sapaku.”waalaikummussalam…ermm ko nak beli kuih ke Mar???”soalnya.”tak lah Mak Jah…tengah tak ada duit ni…sekupang pun tak de ni ha…hehe”balasku.”hmmmm..yolahh..habistu ko ni nak buat ape kacau aku jual kuih ni ha??”tuturnya sambil tersenyum.”Mak Jah..ni Mar nak tanya…macam mana khabar Siti kat KL tu..katanya die kerja kat sana erk??”soalku.”ye..die kerja dekat hospital..ermm jadi nersss..macamtulah bunyinyerr”balasnya.”bukan nursss lah Mak Jah..tapi nurse…jururawat..hehe..dah lah Mak Jah..Mar balik dulu yer…nanti mak bising pula”tuturku,meminta izin untuk pulang. “hmmm..baiklah..jalan tu hati-hati.ehh..aku nak tanya ko ni..!”katanya.”ermm,,tanye ape Mak Jah??”soalku kepadanya sambil menggaru kepala ku yang tidak gatal.”ko ni tak teringin ke nak cari kerja kat KL tu??..yelah Mak Jah tengok ko tu..pandai..memang pandai…ape kate ko cari keje kat KL tu…lagipun si Siti boleh bawak ko pegi KL tu ha..”jelasnya kepadaku.”ermmm…..    nanti Mar fikir dulu ya Mak Jah”jawabku.”Mak Jah ni bukan ape,,,kesian tenngok kau tu..duduk kat kampong ni ha..”tuturnya dengan hati yang ikhlas.”baik Mak Jah”.aku pulang ke rumah sambil memikirkan pelawaan Mak Jah
~~~~~~~~
Usai solat isyak…aku terus ke dapur untuk pergi meminum air…tiba-tiba aku terdengar perbualan ayah dan ibuku di kamar mereka.Kamar ayah dan ibuku dekat dengan dapur.”abang..macam mana dengan yuran sekolah anak kita tu bang…yuran PMR kita belum berbayar.Macam mana ni bang???”soal ibuku..”hmmm nanti abang fikirkan ya..awak pergilah tidur dulu..doa banyak-banyak biar murah rezeki kita ni…”balas ayahku dengan nada yang sedih.”baiklah bang”.
~~~~~~~
Kesokan pagi..aku bangun awal…solat subuh..kemudian bikin sarapan buat keluargaku.Aku merebus ubi kayu dah membancuh kopi.Itu adalah sarapan kami sekeluarga.”ehh..pelik mak tengok Mar bangun awal pagi ni…”kata ibu kepadaku.  “mak ni…Mar saja nak tolong mak..ermm mak..Mar nak cakap sikit boleh tak??”.soalku.”boleh cakaplah…Mar nak cakap ape??”.”ermmm..Mar fikir..Mar nak cari kerja kat Kl lah mak…Mar nak bantu Mak dan ayah..”tuturku..”tak usah lah Mar..kau tu bukannya biasa duduk kat Bandar tu…lagipun ko nak duduk dengan sape kat KL tu??!!”…tutur ibuku dengan nada sederhana.”Mar ingat ,,,Mar nak tumpang duduk kat rumah Siti..die sekarang keje dekat KL mak..”balasku.”betul ke Mar???”soal ayahku…ehh,,tak perasan pulak ayah ade kat sini..hehe..”betul ayah…itu pun Mak Jah yang pelawa Mar..”aku tunduk sambil menunggu jawapan dari ayahku.”hmmm baiklah,,ayah izinkan..lagi pun Mar sudah besar..boleh jaga diri..ayah percaya akan Mar..”tutur ayahku…air mataku mengalir…”terima kasih ayah….”lalu aku mendakap ayah dan ibuku…iskandar yang baru keluar dari kamarnya kehairanan…(die tu  memang tak ade perasaan) hahaha
~~~~~~~
Hari ini hari pertama aku di KL…aku kesini dengan penuh keazaman…cehh..hehe mana kak Siti ni..tak sampai-sampai lagi ni..penat aku tunggu…”oiii…Mar”tegur seseorang dari arah belakangku..”ehhh…ohh..kak Siti”terkejut aku dibuatnya.Kak siti memakai baju kurung…”ehh..akak tak kerja ker???”soalku.”hehe kamu ni..hari ni kakak cuti”jawabnya.”owhh…jom..”sambil mempelawa ingin menganngkat beg aku…”okey..”dalam perjalanan ku..aku menaiki kereta wira..kak siti dah ade kereta rupanya.aku melihat keluar tingkap..wowww..banyaknyer banggunan yang tinggi-tinggi..fuyyyoooo!!!!...maklumlah orang kampung.ehh ape tu..eeeiiii..oang pakai baju tak cukup kain…kalau mak aku Nampak..mesti mak aku kejar pakai parang..ayahku selalu menasihati aku dan adikku,,kite mestilah menutup aurat..dan jangan tunjukkan kepada orang lain kecuali jika orang itu halal bagi kita.Aku termenung seketika.”oiii..Mar..dah sampailah..”jeritnya kepadaku sambil tersenyum..”ha…ye ye…”aku terus keluar dari kereta wira lalu ke bagasi kereta untuk mengambil beg aku..sungguh cantik halaman rumah kak Siti ni..pujiku dalam hati..kak Siti menunjukkan kamarku..kamarku berada di tingkat atas..aku mengemmaskan pakaian ku di dalam almari yang disediakan.usai solat zohor..perutku bebunyi..ehh..perut ni…ko ni suka buat bising kan….aku turun lantas menuju kearah kak Siti.”ehh knapa??kau lapar ker??”soalnya..”ehh..macam mana kakak tau??...hehe”soalku kepadanya…ilmu apakah yang digunakan oleh Kak siti ni…”tu makanan..mee goring kak buatkan untuk kamu..makanlah..”  pelawanya..aku mengannguk…lalu terus ke meja makan dan makan mee goreng dengan penuh selera.
~~~~~~~~~~
Aku terus bangun dari tidur dan solat subuh…selesai solat..aku memakai baju kurung yang lusuh dan selendang pemberian arwah nenekku…”ehh..kamu nak pakai baju ni ke pegi ikut akak??”..”ielah kak…kita ni tak ada baju cantik..”tuturku.  kak Siti menghilang ke kamarnya lalu kembali sambil memegang sehelai blouse paras peha dan seluar.dia menyuruh aku memakainya..aku menikut sahaja tanpa banyak karenah..blouse yang berwarna putih ini..aku padankan dengan seledang yang berwarna putih yang cantik..walaupun selendang ini sudah agak lama,, ia tetap cantik..”oiiii….Mar..ko dah cantik..tidak usah nak melawa dah..cepat sikit..!!’  jerit kak Siti..ehh mne ade aku melawa..aku terus turun tanpa banyak cakap dan menaiki kereta wira Kak Siti.”hmm..dah aku nak jalan ni..ko ade tinggal ape-ape tak ni??”soalnya..”ermm rasenya tak ade kak”tuturku..Kak siti lalu meninggalkan perkarangan rumah lalu menuju ke lebuh raya…..ehh…banyaknyer kereta…hehe..masih excited..aku ni mane pernah ke Bandar ni…hehe..
Tak sedar pula aku dah sampai dekat Hospital tempat Kak Siti bekerja….kak siti lalu mengajak aku masuk kedalam.Aku terus mengikut kak Siti dari arah belakang..”ni akak nak kenalkan ko dengan semua kawan akak kat sini..ermm akak rase ko boleh kerja kat kedai tu ha..lagipun kat situ ade orang perlukan cashier…” “okelah kak..Mar ikut jer “aku tidak membantah pun…selesai mengenalkan aku kepada teman-temannye..kami berjalan ke kedai tempat yang kak Siti suruh aku bekerja..Aku tak tau pulak kat hospital ni ade kedai minimarket..hehehe..tiba-tiba..ade seorang lelaki kacak..aku rase die ni kacukan..ielah muke putih..tak ade jerawat pun..pandai die jagu muke yer..hehe..  “siti..good morning..hmm..do you have a list about the doctor in this hospital??..”  “yes I have sir…””okay..put on my table ya..”wahh..segaknyer..siap speaking pulak..aku ni boleh speaking sikit-sikit….”alright sir”..”hmm who is her??”..aku lantas mempekenalkan diriku…”hi..i’am Marnilyssa binti Zulkepli..” “owhh..nice too meet you..owh okay I wanna to go know..that a lot of work I gonna do..tata”  dia pergi sambil melambaikan tanganya….hehe..macooo gilerr..haha:D
“menggatalkan…”usik Kak Siti..”hishhh mana ade..akak..die tu orang putih ker??”  “tak juga..dia tu kacukan….die pandai cakap melayu..tapi pelatlah…haha” “owh..die islam ker??”soalku lagi..”yes..he is..”balasku Kak Siti..
HARI pertama bekerja dekat kedai runcit di hospital itu tidaklah memenatkan.......Tapi, aku rasa aku perlukan kerja yang aku inginkan….aku memifikirkan cara untuk cari kerja lain tanpa pertolongan kak Siti.Aku sangat berterima kasih pada Kak Siti,dan aku tak nak susahkan dia lagi.
“hello…I saw you here,,so how the first day??..owh I’m forget to introduce myself yesterday..ermm my name is Muhammad Stephen ”kata doctor kacukan itu sambil tersenyum.Ehh..datang dah lah tiba-tiba…buat orang terkejut jer…tapi,,senyuman die tu menawan hati perempuan yang memandang dia..bertuahnya sape yang dapat memiliki dirinya itu.. “the first day in here is okay..” kataku.Mamatni betul-betul buat aku tak tahan,rasa macam nak lari sahaja.dah lah renungan mata dia tu buat aku tambah dosa jer..sabar jer lah..”so,doyou wanna to buy these??”soalku..”ya…how much is it??”aku terus mengira harga  barang yang dibeli.Aku pelik juga,patutkah dia pergi beli tuala wanita.rasa macam nak menjerit sahaja.Aku malas nak menegur,tapi aku kena Tanya juga..mana tahu dia salah beli.”hey,..do you wanna to but this??..hehe’soalku kepadanya. “what’s that??”soalnya padaku.Orang Tanya dia,dia Tanya orang balik.Dahlah soalan yang tak munasabah dia tujukan pada aku.Aku nak jawab apa??..pening..pening..”ermm..this is for womens’ thing..not for men”jawabku..aku menekankan perkataan  “womens’ thing” time aku cakap..then..dia tergelak..hishh apelah mamat  ni..harap jer doctor..tak kan tu pun tak tau… “owh..really..i think this is some chocolate..hahaha…I’am so sorry”balasnya.patutkah?? aku bertanya dalam hati kalau boleh hendak sahaja aku siku mamat ni.selesai aku  mengira barangan yang dia beli…dia lalu mengucapkan terima kasih..aku tersenyum..Dia lalu  berpatah balik..lalu……            “hey…do you wanna to dinner with me??”soalnya.ehh..baru kenal nak dinner-dinner pula dengan aku ni..Hmmm..apa aku nak jawab ha…aku sememangnya nak keluar date dengan mamat ni..hmmm..aku kena cari sebab ni..hmmm..oh ya!..bukanke aku nak teman Kak Siti tengok wayang.. “thanks…ermm,I have to company my sis to go to the cinema ”jawabku.Aku sudah menganggap Kak Siti acam kakak kandung aku sendiri.Lagipun aku tak mempunyai kakak..nak merasa juga ada kakak..hehe “where is the cinema…can I join it??”soalnya.Budak ni..aku bagi pelempang baru tau….nak ikut?..jangan harapla.. “ermmm..i don’t think so”jawabku…Bila tengok muka dia rasa macam kesianlah pula.. “it’s okay..bye..assalamualaikum”tuturnya.Aku terkejut..hey..sejak bila pula ini… “waalaikummussalam…nanti jumpe lagi ye..”jawabku.ehh..tercakap melayu pula… “ya..nanti kita jumpa lagi…”jawabnya sedikit pelat.belum sempat nak cakap melayu dia dah balas.Dia terus pergi..Stephen..haha…
“KAK Siti… mana Kak nak bawa Mar pergi tengok wayang??”soalku dengan rasa teruja.Yelah..baru kali pertama aku pergi tengok wayang.haha. “ dekat TS…”jawabnya. “owhh…”tuturku..TS??..kat mana tu…somebody please help me!!        Aku malas nak Tanya Kak Siti..jadi..buat-buat tau la…aku mengelamun..teringatkan kampong..nanti bila aku dah ada gaji..aku mesti kkirim duit untuk mak and bapak aku,,aku ni jenis orang yang suka mengelamun..hehe..penyakit aku dari kecil lagi. “hoi..Mar!!!..kau ni..mengelamun dari tadi asal erk??...kite dah sampai ni  ha….kau tak sedar-sedar lagi ker”..sergah Kak Siti.Terkejut aku dibuatnya..huhh..ehh..dah sampai..hehe. “ieke Kak…sory..”balasku. “ermm…dah pegi turun…karang tak sempat..”tutur Kak Siti. “ok…”balasku..Time turun rasa macam pening.huhh..besar juga banggunan ini.. “dah… jom…”…ehh cepatnya Kak Siti ni…aku terus jalan untuk memasuki TS ni…aku ter-excited sangatlah sekarang.Masuk sahaja dekat TS ini..tempat pertama yang akan di tuju ialah tandas.biasalah kaum Hawa.selesaai ke tandas….Kak Sti pergi beli tiket wayang..Kak Siti ini katanya dia hendak menonton cerita HIKAYAT  MERONG MAHAWANGSA.Cerita ni…KRU punya kan..filem ni dibintangi oleh Stephen Rahman hudges.Ehhh..nama dia macam sama dengan doctor Stephen tu…hehe..tak sabar nak tengok. “heii…awak buat ape di sini??”tiba-tiba ada orang sapa aku dari belakang.Rupa-rupanya….doktor Stephen…Muhammad Stephen..dah lah pelat..ada hati nak cakap melayu..haha.. “ermm..saya  dating sini teman kakak saya tengok wayang..awak pula??buat apa kat sini??”soalku..sedikit terkejut..entah-entah dia ikut aku sampai ke sini… “saya teman adik saya…ini adik saya”…dia lantas menarik bahu adiknya..hermmm…boleh tahan adik beradik ni…tetapi warna mata adik dia ni..lain sikit..ermm warna hijau kebiru-biruan. “hai..saya Muhammad nurMizy Danny..”memulakan perkenalan… “hai…saya Marnilyssa…just call me Mar..”aku memperkenalkan diriku.Muka adiknya seiras dengan abangnya,hehe…adik beradik la katakan…. “awak nak tengok cerita apa??”soal doctor Stephen. “ermm..kata Kak Siti…dia nak tengok….HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA…kamu ni pula..??!”..soalku.. “kami p…pun sama…”jawabnya sedikit gagap…. “sama apa??!...apa yang sama??”soalku..aku sengaja menanyakan soalan sebegitu…Dia terdiam…Kenapa mereka berdua ini diam …???.. “Mar!!!!!.....”jerit Kak Siti.Alamak terlupa pula Kak Siti, mesti dia tercari-cari aku sejak tadi. “okay lah….saya pergi dulu..Kakak saya dah panggil…assalamualaikum..”Aku terus pergi tanpa mendengar jawapan salam dari mereka….
SELESAI kami menonton..Kak Siti mengajak aku makan di Mc’donald..aku pun apa lagi…jom lah…hehe..Sedang aku duduk di kerusi yang disediakan… tiba-tiba doctor Stephen dan adiknya itu…Danny..duduk di   hadapan ku   “diaorang ni sesat ke ape??”soalku dalam hati… Dah lah Kak Siti tengah beli makanan…huhh..bingung..bingung.. “hai awak…”ucap Stephen.Hishh..dia ini tak reti nak bagi salam ker… “assalamualaikum…”sengaja aku memerli…Dah lah duduk tak dijemput.. “waalakummussalam….”jawab mereka berdua serentak…sambil tersenyum..malulah tu…. “wahh…doctor ada disini…”tiba-tiba Kak Siti datang sambil membawa makanan…Kak Siti terus duduk di atas kerusi..disebelahku. “ia…kami ingat nak makan di sini juga…ha..ni adik saya..Danny”ucapnya sambil memperkenalkan Danny.Bermulalah sesi perkenalan..aku duduk diam sahaja…Kak Siti yang melayan perbualan mereka…Dalam pada itu..aku dapat mengetahui yang si Danny tu seorang pilot…terkejut juga aku pada mulanya…usai makan..kami meminta diri untuk pulang…
SUDAH masuk dua bulan aku bekerja di situ…nampaknya doctor Stephen sudah makin rapat dan mesra denganku begitu juga dengan Danny…tetapi Danny selalunya sibuk..dan selalu fly ke luar Negara..pilot lah katakan…tapi aku tetap menjaga batas pergaulan kami.. doctor Stephen selalu datang ke tempat kerja aku… “Mar..awak free tak malam ini??..ermm..kite keluar nak tak??..ajaklah Kak Siti sekali..”soalnya.Macam mana erk..time tu dia nak dinner ngan aku..aku tolak..sekarang ini aku nak bagi alasan ape??... “nak pergi mana??”soalku kembali. “adalah..suprise..”jawabnya. “nantilah saya minta kebenaran kak Siti dulu ya..”jawabku.. “saya dah beritahu Kak Siti..and dia dah bagi permission..pleaselah..”tuturnya.What??!!...sejak bila Kak Siti berkomplot dengan Stephen?... “ermm..okay..tapi saya tak nak keluar malam..so,habis kerja kita pergi..pukul 6.30 petang awak hantar saya pulang..boleh??”soalku….memberi cadangan..aku malas hendak keluar malam…lelaki zaman sekarang mana boleh percaya…dia terus menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
HABIS kerja pukul 5.00 petang…dia kemudian menjemputku menaiki kereta Mercedes nya itu…ilah doctor mestilah banyak duit nak beli kereta mahal-mahal macam ini…aku terus masuk tanpa menyoal…didalam kereta itu tiba-tiba aku terdengar lagu aishiteru..berderau darah ku ini..dahlah dari  tadi dia asyik menjeling kearah aku…
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh  Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Back to [*][**]
                                                   
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Back to [*][**]
Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru
SESUDAH habis lagu itu di putar,akhirnya kami sampai di tempat yang dituju.. “sekejapnya…dia race ke tadi..tapi…ermmm”kataku dalam hati..mungkin tempat itu tidak seberapa jauh… “jomlah kita turun…”katanya kepadaku.Aku hanya mengangguk..kemudian aku turun dari keretadia lalu menyuruh aku menutup mata…dia ni nak buat apa dengan aku??..entah-entah??..berderau darahku untuk seketika.Tetapi apabila aku lihat pandangan matanya terhadap aku…aku merasakan yang dia tidak mungkin hendak melakukan apa-apa terhadapku…Aku lantas menuruti kehendaknya itu..
Setelah beberapa minit aku berjalan dalam mata yang tertutup rapat..dia menyuruh aku berhenti..Mungkinkah aku sudah sampai ke tempat yang di surprise kan itu..huhh… “hah..sekarang boleh buka mata…”katanya kepadaku.Aku lalu membuka mata dengan perlahan-lahan..kemudian.. “allahuakhbar!..”jeritku..   dia sekadar tersengih sambil menampakkan giginya yang bersih dan teratur itu..baru aku tahu..bahawa hari ini hari lahir aku.. “happy birthday sayang…ingatkan I selalu tau…I love you so much..”bisiknya ke telinga ku…Sesungguhnya,perempuan manakah yang akan tidak gembira apabila,seseorang menyatakan kasihnya terhadap perempuan itu..mulutku seakan-akan kelu…aku tidak tahu hendak jawab apa kepadanya…sesungguhnya aku juga mencintainya…sejak aku melihatnya untuk kali yang pertama..namun aku pendam akan perasaan ini..Aku seakan-akan bermimpi..saat dia melafazkan kata-kata yang indah itu.. “do you wanna to be the aple of my eyes…??”soalnya…  Aku lantas mengangguk.. “yes..1000 times yes…”ucapku…Dia melonjak kegembiraan………..dia,kemudian menghadiahi aku sebentuk cincin     perak..bertatahkan berlian…lalu menyarungkannya ke jari manisku…aku berasa sangat terharu dan gembira ketika itu..terima kasih ya Allah!...
SEJAK peristiwa itu,hubungan aku dan dia bertambah rapat..kami selalu keluar bersama-sama…kami ke tempat kerja bersama-sama…semua bersama…aku melalui detik indah ketika bersamanya…I LOVE YOU STEPHEN…ALWAYS!!!...        Tetapi semua itu hanya sementara…saat ibuku menghubungiku..dan menyatakan yang Muiz bin Hj Mazmur,temanku ketika kami sama-sama menduduki UPSR ketika darjah enam dahulu…melamarku untuk dijadikan pendamping hidupku…ibuku sudah terlanjur menerima lamaran tersebut..Hatiku sedih..namun aku tidak mahu menjatuhkan nama baik keluargaku dengan membatalkan pertunangan aku dengannya..aku akhirnya pasrah..
“AWAK…saya ada sesuatu yang hendak dikatakan kepada awak…tetapi saya nak awak tahu yang saya sangat mencintai awak sepenuh hati saya”ucapku…dengan nada yang sedikit sebak… “ada apa sayang ???”soalnya..mungkkin dia tertanya-tanya… “saya rasa …kita patut putuskan hubungan kita…”jelasku…. “kenapa??..awak sudah tidak ada rasa sayang kepada saya atau awak ada yang lain??!!”soalnya dengan nada yang kecewa… “sesungguhnya saya sangat menyayangi awak dan tidak ada sesiapa dalam hati saya…hati saya hanya  untuk awak seorang…”tuturku… sambil mengalirkan air mata…dia lantas menyapu air mataku yang bercucuran itu…ya ALLAH kenapa kau tidak menjodohkan aku dengannya…sesungguhnya dia begitu tulus mencintai aku… “kalau begitu..kenapa hubungan kita harus diputuskan??”soalnya lagi..dia merendahkan suaranya..”se..se…sebab…”aku sangat sebak…. “sebab apa??”soalnya.. “saya sudah dilamar oleh kawan saya sewaktu di sekolah rendah dan…ibu saya sudah terlanjur menerimanya..saya tidak boleh menolak..dan kita tidak mungkin akan berjumpa lagi..kerana selepas berkahwin saya akan pergi ke Kaherah…kerana,bakal suami saya sedang menuntut disana…”jawabku… “astaghfirullahaladzim…kenapa boleh jadi sebegitu ??” soalnya…aku hanya diam..Aku tidak tahu…yang si Muiz ini baru sahaja balik dari Kaherah…dan sedang menuntut di university Al-Azhar…dia Cuma pulang dua tahun sekali..kemudian Stephen berlalu pergi tanpa mengucap sepatah katapun kepadaku..aku termenung sambil memikirkan apa yang terjadi selepas ini…
SEMENJAK itulah dia lansung tidak menegurku..dan tidak sesekali mengunjung ke tempat aku bekerja…Aku akhirnya,mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menitipkan cincin yang dia berikan kepadaku kepada Kak Siti ..untuk dipulangkan kepada Stephen..
Sesudah aku pulang ke kampung ku…acara persiapan pernikahanku Cuma tinggal satu minggu sahaja lagi…ketika aku berjumpa dengan Muiz…Muiz menyatakan sayangnya kepadaku…namun aku hanya boleh menipu diriku sendiri..Aku tidak mahu menyakitkan hati sesiapa..biarlah Cuma aku yang terasa sakit…Harusku memberi ruang hatiku kepadanya….sesungguhnya..ustad ku pernah berkata…  berilah sayangmu itu kepada suamimu seorang..jangan meng-adakan perasaan terhadap orang lain,selain suamimu itu..walau seburuk apapun dia…Kini aku belajar untuk mencintai Muiz…namun aku tak dapat melupakan Stephen…dialah cinta pertamaku…
KINI tinggal sehari sebelum acara pernikahanku…tanganku sudah merah berinai…ku lihat Kak Siti sudah berada di rumahku..aku mahu bertanyakan khabar Stephen,,tetapi aku malu..biarlah aku memendamkannya..Tidak ku sangka yang kak Siti datang ke sini semata-mata hendak menjemput aku ke hospital..kerana..kerana..Stephen sedang nazak di hospital akibat penyakit gastriknya…dia pernah bercerita tentangku tentang penyakitnya itu,katanya..kalau dia rindu kepada seseorang dia tidak akan lalu makan…aku hanya menganggap itu sebagai gurauan…namun,ia bukan gurauan..aku terus menarik Kak Siti supaya bergegas ke hospital.Walaupun aku tidak mengganti pakaian dan hanya berkata kepada adikku yang sebentar lagi aku pulang…aku sangat tidak sabar untuk menatap wajahnya…
AKU sekarang berada di wad 112 iaitu wad Stephen sekarang…Aku bergegas masuk..Aku lalu melihat sekujur tubuh yang terlantar di atas katil wad itu…aku berlari anak menuju ke arahnya…lalu aku menggenggam tangannya erat…Dia tersenyum kepadaku…Aku menjadi sangat sebak….lalu air mataku berlinangan… “awak..saya minta maaf..”ucapku… “awak tidak salah…saya yang terlampau sayangkan awak sehingga saya boleh sakit sebegini…saya gembira awak datang jenguk saya…owhh..esok awak akad nikah kan??”soalnya..Aku terus mengalirkan air mata lalu membenamkan mukaku ke dadanya ..sambil menahan tangisanku… “stop crying…saya gembiralah tengok orang yang saya sayang akan berkahwin tak lama lagi…walaupun bukan saya pengantin lelakinya..saya tetap gembira..saya harap dia boleh jaga awak..dan saya pasti dia seorang yang baik..”kata-kataya itu sangat jujur…dia masih mampu tersenyum… “awak..saya nak bagi surat ini kepada awak…awak bacalah..tetapi jangan baca sekarang..bacalah bila saya sudah tiada…ini amanah saya..”tuturnya…aku justeru menjadi sangat sebak…Ya Allah..kenapa ini harus terjadi?..kuatkanlah imanku ya Allah…tiba-tiba..dia berasa sesak nafas…ya Allah…jangan cabut nyawanya sekarang.!!..jerit hatiku..aku lalu mengajarnya mengucap kalimah syahadah…itu sahaja yang boleh aku buat sekarang…ketika di sudah melafazkannya…dengan satu nafas sahaja dia telah tiada di dunia ini…Kemudian..kemunculan Danny..membuat aku terkejut…Danny mungkin juga sangat sedih kerana tidak dapat melihat abangnya itu menghembuskan nafas yang terakhir… “awak saya harap awak dapat memaafkan kesalahan abang saya..”ucapnya dengan nada sedih…sesungguhnya dia tidak pernah melakukan kesalahan..bahkan menyakitkan hatiku sedikit pun tidak pernah…aku hanya menggannguk tanda ya…
USAI jenazah Stephen dikebumikan…aku mendoakan agar dia ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..pemergiannya aku dapat terima setelah membaca yaasin…sesungguhnya yasin dapat mententeramkan jiwa…aku baru teringat hendak membaca surat yang diberi Stephen sebelum pemergiannya…aku membuka surat itu dengan rasa sebak..lalu aku membacanya.

Ketika pertama kali aku melihatmu…hatiku berdegup..sungguh aku ingin mengenali dirimu…aku ingin selalu berjumpa denganmu..aku sebenarnya  yang mengekori kamu sehingga ke Time Square…maafkan saya..sebab tidak berterusterang….saya yang merancang segala-galanya….sehingga terjalin sesuatu ikatan pada kita…namun itu hanya sementara…sehingga aku tau yang awak telah dilamar..saya merasakan yang itu semua salah saya kerana tidak melamar awak dahulu…saya mengambil keputusan untuk melupakan awak..saya berjanji pada diri saya untuk menghindarkan diri  saya dari awak…semakin saya menghindar..semakin saya teringat akan awak..saya rindu untuk menatap wajah awak…dan itu membuatkan saya tidak lalu untuk makan….Maafkan saya…
 Selagi aku hidup…aku akan memberikan kasih sayang kepadamu…tetapi jikalau aku tiada lagi aku mengharapkan kebahagiaan untuk dirimu…selamat penggantin baru sayang…
                                                                                                           Yang benar..the apple of your heart,
                                                                                                                stephen

AIR mataku berlinangan setelah selesai aku habis membaca surat ini…
~~~~~~~~~
DUA TAHUN 2 BULAN KEMUDIAN….
KINI sudah hampir dua tahun aku di Kaherah…dah sudah dua tahun juga menjadi isteri kepada Muiz…tidak sabar rasanya untuk pulang ke tanah air ku…aku juga merindukan arwah Stephen…aku ingin menziarahi pusaranya…Aku juga dikurniakan seorang cahaya mata…bernama Muhammad Stephen al-Luqman…aku memberi nama sebegitu supaya aku terasa lebih dekat dengan Stephen….aku sekarang dapat mengetahui sikap Muiz…dia seorang yang penyayang…tidak pernah memarahiku…bahkan sangat sayang kepadaku..
TERIMA KASIH YA ALLAH SWT…aku bersyukur padamu kerana telah memberi aku hidayah, pedamping hidup yang baik dan cahaya mata yang sihat..mungkin ini berkat, kerana aku tidak membantah ibuku untuk menikahkan aku dengan Muiz…
Aku ingin kau tahu Stephen…. ‘aku sudah bahagia..terima kasih kerana pernah membahagiakan aku..walaupun seketika…’

      TAMAT
p/s.kalau x best silalah komenn..hehe:D..ni adalah version cerpen...maaf jika cerpen ini tidak memuaskan hati anda...yg benar
rainiza

Thursday, 17 November 2011

kisah hidup sayang dan cinta.

eh..mana aku letak aku punya pendrive aku ini?.Ni mesti tertinggal dekat kelas..aku lantas menuju ke kelas lalu mencari pendrive aku yang hilang itu.
Sebenarnya pendrive itu adalah diari aku.Orang selalu buat buku sebagai diary..cehh perasan jer aku ini.Mestilah ade orang lain yang buat sama macaam aku juga..haha
Ehh..tujuan aku bukan nak cakap banyak dalam hati..cepat..mana ini??
Jap..ape itu??
"assalamualaikum..boleh saya tahu pendrive yang encik pegang itu saper yang punya"soalku dengan penuh berhemah..cehhwahh!!
"ermm..ni kau punya ker?..haha"kata lelaki itu.
Amboi cantiknya bahasa??
"ya,encik ada nama saya di situ.."kataku lagi.
"oh ye ker??..tak perasan pulak..hemm. Rafilla..haha".Gelak jelah yang kau tau.Mabuk ke apa?
"encik boleh pulangkan balik?".Harap-harap dia kasi balik.Kalau tak mati aku.
"ermm..tapi ada syarat.."eii..ni kan aku punya pendrive kasi jelah terus..susah sangat ker??adoiiyaii.
"syaratnya..saya nak awak sayang saya..haha".
Sayang dia?Gila ke mamat ni?aku tak jumpa pun botol arak yang dia minum..
"encik dah gila ker?"soalku.Kalau dia gila,dia mana tahu nak guna pendrive,setidak-tidaknya dia simpan jer..Isshh..tak kan aku nak kasi orang gila pinjam kot...
"Nak sayang saya ke tak?".Tak ada faedah aku nak sayang kau.macam mana ni?
"ko nak ke tak bende ni?"soalnya sambil menunjukkan pendrive aku.
Aku menganggukkan kepala tanda mahu.
"nak sayang ke tak?".Terpaksa lah aku..
"ss..ss..sa..sayya..sayyangg".Maybe.haha
"bagus..nah ambil ni"dia lalu menghulurkan pendrive aku itu.
Aku lantas mengambilnya dari tangannya.Alangkah terkejutnya aku...apabila dia menarik tangan aku terus ke dakapannya.Haram lah weyhh!!!
Bau perfume yang dia pakai menusuk ke hidung aku.Harap je wangi..tapi hati busuk.
macam mana ni??!!..
"auchhh!!!!!"jeritan lelaki itu menggemakan seluruh isi kelas.Nasib baik aku pakai kasut tumit tinggi,senang sikit nak pijak kaki orang..hahaha..
Aku terus lari bertempiaran menuju ke bustop.Malangnya..dah lah tadi daah kena najis...aduhh..
Tapi asal muka dia cute ha?..hehe..wait!!..Aku dah gila ke cakap mamat sewel tu cute..adoii..baik aku cepat lupakan dia..tak pasal-pasal penyakit sewel tu berpindah tempat..


p/s..nantikan sambungannya..klo ada salah and silap sila perbetulkan..tarikhsambungan: 28/11/2011
byee...