Tuesday, 24 January 2012

kisah hidup sayang dan cinta. part 4

Hai..malangnya nasib aku hari ni.Aku didenda Puan Rasirah untuk mengangkat buku-buku yang setebal kamus itu ke biliknya.Dahlah buku ni berat..berkotak-kotak pulak,maknanya kenalah aku ulang alik dari dewan kuliah ke bilik puan Rasirah.Mampus!!

HUHHHH!!!!..ni adalah kotak terakhir..you can do it Rafilla.Aku  terus berjalan menuju ke bilik Puan Rasirah.Ya!!..kerja aku dah siap.Burrrrrpppp!!..ehh perut ni buat bunyi pula.Tadi pagi,aku makan karipap dengan air teh.Lepastu sampai sekarang aku tak makan lagi.

Aku cuba melirik kearah jam dinding yang berada di bilik itu.Dah jam 6 petang?! Aku ada kerja part time malam ni..adoii!!.Aku kemudian bergegas hendak pulang.Ehh sempat ker ni?..kerja aku tu start pukul 7.30 malam.

Hemm..terpaksa aku pergi terus ke tempat kerja.Tak sempatlah aku nak mandi dulu..Masamm!!! hehe

Aku hanya makan roti perisa coklat di dalam bas ketika hendak ke tempat kerja.Aku bekerja part time untuk hari ini jer…lagipun bayaran dia mahal,tak kan nak lepaskan peluang keemasan ni kot.Ehh..lupa pulak nak cakap,aku kerja kat Hotel lima bintang..mesti dapat makanan free.hahaha comform aku cekik semua.

Ehh,dah sampailah..Aku menekan loceng untuk turun.Sewaktu aku tiba,jam menunjukkan jam 7 malam.Ada lagi setengah jam untuk aku bersiap dan solat.Alhamdulillah.

“hey..you,you work here right?..I’am your manager.Call me mister Lee.You can have you uniform in that room okay.”

“ya sir.” Aku lantas menuju kearah bilik yang ditunjukkan.Aku nampak mister Lee tu macam risau semacam jer?hemm mesti ada yang tak kena ni..

Selepas solat maghrib di surau yang berada dalam hotel itu,aku lantas menyarungkan uniform yang diberi.Aku memilih skirt labuh dan kemeja labuh sesuai dengan penampilanku yang bertudung.Aku bergegas keluar setelah loceng di bunyikan.Tak sangkan ramai jugak remaja macam aku ni kerja part time kat sini.hehe..Tak sabar nak makan lepas kerja ni.

p/s..best tak??